Sewa Air Cooler

Penyejuk udara menyejat air untuk merendahkan suhu udara, menjana & menghasilkan angin yang menyejukkan.

Sewaan Kipas Penyejuk Udara Mudah Alih Malaysia

Air cooler adalah satu peranti elektrik penyejukan berkipas yang menyejukkan udara dengan menyerap haba di sekeliling, menyejat air, meniup dan mengedarkan semula angin sejuk ke ruang sekitar. Penyejuk udara adalah sebuah unit tunggal beroda yang berbentuk kotak. Ia mempunyai kipas bermotor, butang kawalan dan satu tangki terbina dalam untuk diisikan dengan air. Air didalamnya digunakan untuk menyerap haba, menyejukan udara hangat yang melaluinya dan mengembalikan dengan angin yang sejuk. Anda perlu mengisi air semula apabila dihabis guna dalam beberapa jam.

Cuaca di Malaysia panas, kipas penyejuk udara ini sering disewakan untuk keselesaan supaya tetamu-tetamu tidak berpeluh-peluh di acara luar. Ia adalah sistem penyejukan serbaguna yang paling disukai ramai dan terkenal buat sementara ini terutamanya di KL, Selangor dan Pulau Pinang. Ia sesuai disediakan di ruang yang lebih terbuka bagi siang hari atau masa waktu malam. Kipas air cooler tidak dapat berfungsi pada kapasiti berkesannya di ruang yang tertutup sepenuh, ia lebih berkesan digunakan di tempat yang mempunyai pengudaraan semula jadi, seperti sesi koktel acara luar maupun perkahwinan taman.

Penyejuk udara (air cooler) kami boleh disewakan sementara bagi majlis peribadi, pelancaran komersial, acara korporat, ataupun penggunaan jangka panjang untuk sektor industri. Ia dapat menjadikan pengudaraan di sesuatu tempat berasa lebih selesa dan menyegarkan untuk acara-acara seperti sambutan harijadi, pesta perayaan, kenduri rumah terbuka, ceramah politik, perhimpunan atau majlis-majlis luar yang menggunakan teduh khemah (sekurang-kurangnya dua unit penyejuk udara diperlukan bagi setiap buah kanopi bersaiz 20×20). Ia juga disewa untuk penggunaan kecemasan seperti pada masa tidak mencukupi kipas, aircond atau berlakunya kerosakkan sistem pengudaraan di restoran, kompleks membeli belah, menara pejabat, pusat konvensyen, hotel, bengkel, gudang atau kilang pembuatan.

Kadar aliran udara (airflow): 7,500m3/h – 10,000m3/h

Unit air cooler ini selalunya terkeliru dengan penghawa dingin (aircond) dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia adalah unit berdiri sendiri yang tidak mempunyai pemampat udara (kompresor) luaran dan saluran udara (ducting ekzos) seperti penghawa dingin. Saiznya juga agak kecil berbanding dengan sistem pengudaraan aircond komersial atau industri. Oleh sebab itu, ia tidak akan mengambil ruang yang besar di tempat acara, hanya ruang yang kecil diperlukan untuk menempatkannya. Air cooler mudah alih ini senang dipasang dan pantas digunakan. Ia dilengkapi 4 set roda untuk bergerak dan senang dipindah ke tempat yang sesuai, ini memudahkan kipas penyejuk disediakan di mana-mana tempat sahaja seperti di dewan, astaka, taman rekreasi, dataran, padang, tepi jalan, tepi pantai ataupun tepi kolam.

Harga sewaan air cooler kami amat berpatutan dan murah berbanding dengan aircond. Ia juga menggunakan tenaga dengan lebih jimat berbanding dengan aircond. Jadi, kami akan sentiasa mencadangkan penyewaan air cooler bagi keadaan acara yang biasa, kerana kesan penyejukannya adalah lebih daripada mencukupi. Tambahan lagi, ia boleh dipakai terus dengan bekalan elektrik yang biasa, tidak perlu semestinya dipasangkan dengan bekalan kuasa Amp yang besar atau genset. Selain itu, anda juga boleh menyewa sistem pengudaraan kami yang lain seperti kipas industri dan kipas kabus.

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

4 + 5 =