Sewa Gerai Makanan

Gerai makanan disewa untuk menghidang makanan bufet atau paparan produk karnival & barangan jualan pesta.

Sewaan Kaunter Stall Bufet Malaysia

Reka bentuk gerai bufet syarikat kami berserupa sebuah khemah gerai teduh kecil atau gerai perniagaan penjaja, ia mempunyai satu bumbung pelindung di atas dan satu meja kaunter di bawah. Gerai kami sering disewa sebagai stall bufet bagi sesebuah majlis kenduri atau acara pesta makanan. Kelihatan gerai ini amat menarik perhatian di sesebuah majlis, ia boleh menjadikan acara anda terasa meriah.

Gerai kecil mudah alih ini adalah paling sesuai untuk jenis-jenis majlis jamuan sambutan perayaan, majlis pelancaran projek, makan malam tahunan korporat, kenduri majlis perkahwinan, rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ataupun parti pantai sebagai gerai bufet, gerai hidangan atau gerai memasak untuk chef-chef menyediakan makanan jamuan. Hidangan-hidangan yang sering disediakan adalah seperti makanan katering bufet, minuman khas bandung, burger, satay, ikan bakar, kambing bakar, barbeku, satay, roti canai, roti jala, telur dadar (omelette), pencuci mulut (kek & kuih muih), nasi lemak, sup daging, ais kacang, makanan jari minum petang, durian atau buah-buahan tempatan lain.

Selain itu, gerai ini juga boleh disewa sebagai kaunter pendaftaran, kaunter info maklumat, kaunter permainan, kaunter cabutan bertuah, gerai karnival atau gerai jualan untuk pelbagai jenis program seperti pameran kerjaya, ekspo makanan, bazar tani, bazar Ramadan, festival seni & bunga, pesta burger atau pesta buku. Menyusunlah acara-acara anda gerai demi gerai, ini boleh memudahkan tetamu anda mengunjungi gerai makanan atau gerai pameran jualan kegemaran mereka.

Saiz Bumbung Gerai Makanan: 6 Kaki x 6 Kaki

Saiz Meja Kaunter Bufet: Meja Banquet Panjang 3×6 Kaki

Jenis Bumbung Gerai: Kanvas, Kain Hiasan (Pelbagai Warna)

Aksesori Tambahan: Lampu Pendarfluor, Lampu Fairy Light, Soket Suis

Hubungi Kami Sekarang! Hantaran Seluruh Semenanjung Malaysia!

Hubungi

Call / Whatsapp 017-591 5100
admin@sewakhemahkanopi.com

Waktu Kerja

Isnin - Jumaat: 9am - 1030pm
Sabtu - Ahad: 10am - 1030pm

Sebut Harga

Staf kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Terima Kasih.

8 + 8 =